Salam semua... berjumpa lagi kita! :) hari ni kak ct kongsi resepi yang kak ct belajar dari ummi kak ct. Menu ni menu wajib bila tiba hari raya, bezanya kalau hari raya kami makan bersama dengan ayam masak merah. Kalau hari biasa biasanya sampingannya kak ct buat sambal udang atau sambal sotong.
Untuk masak kuah lodeh ni perlu teliti, api kecil dan kena selalu dikacau, jangan sesekali dibiarkan. Kalau santan pecah. Memang "nasi menjadi buburlah". Penyediaan bahan-bahannya agak banyak tapi masaknya mudah saja... So bolehlah cuba ;)
Bahan-Bahan:
Bahan A:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Udang kering
- Ikan bilis
Bahan B:
- Sayur kubis
- Sayur kacang buncis/panjang
- Lobak merah
- Sengkuang
- Cili merah hidup
- Tempe (Potong kasar daripada sayur)
Bahan C:
- Santan Pekat
- Buah keras (ditumbuk)
- Garam
- So-on
- Tahu kering
- Tauhu basah (dipotong 4, dan digoreng separuh masak)
- Serbuk kunyit
Cara Masak:
- Untuk penyediaan nasi impit, masak nasi dengan kuantiti air yang melebihi beras supaya ia agak lembik, dan padatkan dalam satu bekas. Untuk mudah, boleh aja guna ketupat segera dalam paket tu :)
- Kisar Bahan A sehingga lumat (kalau nak tumbuk pun okay)
- Bahan B, boleh dipotong hirisan panjang (jangan terlalu halus)
- Masukkan santan cair ke dalam periuk, dan masukkan Bahan A. kemudian, Masukkan semua Bahan B ke dalam santan. Biarkan sehingga agak mendidih. Kemudian tambahkan santan pekat, agak-agak untuk hidangan yang diperlukan.
- Tambah garam perasa dan serbuk kunyit untuk jadikan kuah lodeh warna kuning. Tambah buah keras yang sudah ditumbuk
- Bila santan sudah agak menggelegak dan sebelum tutup api masukkan so-on dan tahu kering yang sudah direndamkan jadi lembut dan juga tauhu basah yang sudah digoreng.
- Biarkan dalam 2 minit, kemudian tutup api.
Untuk penyediaan sambal udang:
- Tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih, ikan bilik, udang kering) sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis bersama.
- Tambahkan gula, garam, air asam jawa dan sedikit air, biarkan sampai betul garing
- Boleh tambahkan hirisan bawang merah dan sidikit air untuk jadikan sambal sedikit berkuah
- Kemudian masukkan udang dan serai dan biarkan sampai masak.
Salam semua. Lama kak ct tak update blog ni. Tak sempat nak menylis. Ada banyak sebenarnya resepi nak share... Tapi macam biasa... TAK SEMPAT. T_T
Ok. Kali ni resepi orang pantai timur. Kak ct kenal ini sebagai laksa ganu. Belajar daripada keluarga suami kak ct... mak mertua, ipar-ipar depa mmg terror! Org kata buat laksa penang/utara tu senang... Tapi kak ct baru tau laksa ganu ni lagi sumpah senang. Tak perlu teknik, tak perlu bahan yang payah nak sebut...
Bahan-Bahan:
- Mee Laksa (jenis panjang halus)
- Bawang merah
- Lada Hitam
- Ikan sardin (boleh gunakan ikan jenis lain yang bersesuaian)
- Santan
- Garam
- Daun Kesum
- Daun Kemangi
- Belacan
- Lada kering
Cara Masak:
- Rebus mee laksa sehingga masak dan toskan
- Bakar ikan atas api tanpa sebarang rempah (org kg kak ct kata naked cook :P ) agak-agak masak, jangan sampai terbakar hangus. Kemudian asingkan tulang dan tumbuk. Ketepikan.
- Tumbuk bawang besar dan lada hitam kemudian masukkan ke dalam santan dan masak atas api perlahan. Kemudian masukkan ikan yg dah tumbuk tadi, sedikit garam dan sedikit hirisan daun kesum.
- Cili kering, ditumbuk lumat (letak sedikit garam) dan asingkan, daun kesum & daun kemangi & bunga kantan dihirs halus. dan sedikit belacan. Bahan ini semua dijadikan bahan penambah rasa (atau kak ct bahasankan bahan ulamnya) untuk hidangan laksa
- Dah siap!!! :)
Orang dulu-dulu masak goulash ni guna pot tembikar, masak atas api kayu api... masak banyak-banyak, makan ramai-ramai. memang sedap. Baru aku tau sedapnya macam mana. and tak susah pun buatnya... nampak bahan banyak, tapi dalam dunia moden ni, kita gunakan rempah yang dah sedia pack, senang jek. Mudahkan sebenarnya, tapi kalau nak buat ingredient from scratch memang lagi terbaik!
Kak ct cuba nak buat goulash daging lagi kali ni, kali ni buat betul-betul berkuah. Mudah sangat, buat satu lauk, makan dengan nasi (yelah kita orang melayu) dan terus rasa kenyang. Alhamdulillah...
Bahan-Bahan:
- Daging batang pinang di potong dadu
- Bawang besar, cili padi, cili merah (dipotong)
- 3 biji bawang putih (diketuk)
- Oregano
- Herba campuran
- Kicap pekat manis
- Black Pepper
- Garam
- Serbuk paprika
- Kiub Ayam
- Pes tomato
- Kentang
- Lobak Merah
- Air
- Olive oil
Cara Masak:
- Marinate daging dengan - 1 sudu makan kicap pekat manis, herba campuran dan garam.
- Goreng daging dengan olive oil dalam 3-4 minit.
- Bila daging agak garing, masukkan bawang, bawang putih, serbuk paprika dan cili dan gorengkan bersama. (ikut tahap kepedasan masing-masing)
- Bila agak naik bau, masukkan pes tomato, oregano, black pepper dan kiub ayam. Kacaukan sehingga sebati.
- Masukkan kentang dan lobak merah dan kemudian tambahkan air. (kawal sukatan air supaya kuah tidak terlalu cair)
- Tutup periuk dan biarkan semua bahan mereneh atas api perlahan. Ambil masa lebih kurang 10 - 15 minit.
- Hidangkan panas-panas :)
Kalau rasa malas nak buat 2/3 jenis lauk, masakan jenis campur goreng ni sesuai disediakan untuk bilangan 2 orang makan. Untuk sorang makan memang sesuai.
Mudah sangat!
Bahan-Bahan:
- Daging batang pinang di potong kecil
- Bawang besar, halia, cili padi, cili merah (dipotong)
- 2 biji bawang putih (dketuk)
- Kacang Buncis dihiris kecil
- Tomato dipotong empat
- Garam
- Serbuk kunyit
- Kicap pekat manis
- Sedikit Air
- Sedikit Minyak
Cara Masak:
- Rebus daging yang dipotong kecil tadi sehingga agak empuk kemudian toskan dan diasingkan.
- Bahan 2 & 3 di atas ditumis dengan sedikit minyak.
- Bila agak naik bau dan garing, masukkan daging yang telah direbus tadi dan digoreng bersama.
- Tambahkan serbuk kunyit, garam dan kicap pekat manis. Sebatikan di dalam kuali
- Masukkan sayur kacang buncis dan tambah sedikit air supaya berkuah (jangan letak air terlalu banyak)
- Akhir sekali masukkan tomato sebelum dihidangkan.
Memasak secara steam adalah satu kaedah masakan yang paling sihat dan mudah. Tidak memerlukan masa yang lama, dan tidak perlukan teknik yang sukar.
Walau bagaimanapun untuk kali ini, kak ct nak share cara masakan dengan kaedah steam yang kak ct beri kelainan sedikit. Kak ct tidak berapa gemar masakan steam semata, makanya masakan kak ct kali ni kak ct lebih suka ianya sedikit oily (olive oil) dan berkuah...
Okaylah mungkin should not be named as steam instead... cumanya kaedah masakannya boleh jadi yang sama, dan hasilnya juga adalah sama.
Bahan-Bahan:
- Seekor Ikan Bawal
- Bawang besar, halia, cili merah (dihiris halus)
- Satu biji bawang putih (dketuk)
- Sayuran - lobak, jagung, kacang peas etc dihiris kecil
- Satu sudu tepung jagung (dibancuh dengan setengah cawan kecil air)
- Garam
- Lada sulah
- Gula
- Lemon
- Asam Keping
- Daun bawang
- Olive oil
- Air
Cara Masak:
- Bahang 2 & 3 di atas ditumis dengan sedikit olive oil dan sedikit air... bila agak naik bau, masukkan 2 cawan kecil air.
- Tambahkan satu sudu kecil tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam dan sedikit lada sulah
- Tambah sedikit lemon zest, dan satu keping asam keping.
- Masukkan seekor ikan bawal, Taburkan hirisan carrot, jagung dan any kind of sayur yang suka, dan tutupkan kuali. Biarkan ia steamy dalam kuali sehingga masak.
- Bila masak, hidangkan dalam pinggan, dan perah sedikit lemon dan taburkan daun bawang. Hiasakan dengan hirisan lemon.
Idea untuk cuba buat resepi ni bila husband kak ct bawa kak ct makan di satu famous western restoran yang orang ramai kenali sebagai "William". Restoran tu, memang heaven dengan western menunya, dia punya hidangan 1 boleh makan untuk tiga orang. Besar portion!
Salah satu dessert yang menarik selera kak ct adalah Panna Cotta... Dia punya sedap, subhannallah! Memang sedaplah. Kak ct cuba cari idea macam mana nak buat dessert tu, dan come out dengan cara yang paling mudah selepas menonton beberapa tutorial video di Youtube.
So ini cara kak ct sediakan Panna Cotta kak ct... Cubalah! Memang sangat mudah!
Bahan-Bahan:
- Gelatine Powder
- 3 cawan Whipping Cream
- Gula
- Vanilla seed
- 1/2 cawan Susu segar
- Chocolate / strawberry / caramel (sebagai sauce)
Cara Masak:
- Gelatine powder disatukan ke dalam satu mangkuk susu (lebih kurang 30 ml), dan biarkan sehingga ia menjadi seakan-akan berketul atau sedikit pekat...
- 3 cawan whipping cream + 6 sudu gula dimasak atas api perlahan. kemudian masukkan vanilla seed (kalau takde, guna perisa vanilla pun boleh) dan kacau perlahan.
- Setelah agak mendidih, masukkan adunan gelatine tadi ke dalam adunan whipping cream dan kacau sebati. Pastikan gelatine tadi betul-betul disolved dalam adunan cream
- Sediakan acuan mangkuk/cawan kecil, dan tuangkan adunan tadi ke dalam acuan.
- Biarkan sejuk di dalam peti ais, sehingga cream tersebut menjadi soft dan fluffy (macam dadih, but not agar-agar).
- For plating, boleh unmold acuan vanilla cream itu ke atas pinggan
- Sedia dimakan begitu sahaja, atau boleh letak any favorite sweet sauce (chocolate, strawberry, caramel... name it!)
Ini adalah resepi mudah... asal daripada Itali kalau kak ct tak silap. Penyediaan menu ni nampak in small portion, tapi kalau penyediaan dengan bahan yang cukup, makan Bruschetta ni dah cukup hilangkan lapar. Kak ct tak berapa nak sihat badan untuk masak hari ini, so Kak Ct cuba sediakan menu yang paling mudah. Ini cubaan pertama, kebetulan ada Salmon di rumah, so Kak Ct gunakannya sebagai main ingridient... boleh cuba tukar sama ada dengan daging, tuna atau udang.
Bahan-Bahan:
Bahan untuk salsa
Sliced smoked salmon
1 sudu fresh lemon juice
1 sudu olive oil
chopped fresh parsley
1/2 sudu Brown sugar
black pepper
garam
(Bahan di bawah Dipotong Dadu Kecil)
1 biji tomato (Buangkan kulit tomato dengan cara rendam dalam air panas selama beberapa minit, dan peelkan kulit tomato dengan jari)
1/2 biji bawang besar
1 cili merah hidup (buang biji)
Roti
French Bread dipotong setebal 1 - 1 1/2 inch (Bahan di bawah Ditumbuk dan disatukan)
Olive oil
3 biji bawang putih
2 sudu butter
Oregano
Cara Masak:
Campurkan semua bahan
salsa dalam satu bekas dan sebatikan rasa dengan black pepper dan garam
Untuk penyediaan
roti - tumbuk bawang putih, dan campurkan bersama dengan butter dan
sedikit olive oil dan oregano. Kemudian sapukan pada roti dan dibakar
atas
Pan.
Susun roti atas pinggan, dan letakkan
campuran salsa di atas roti dan diselangi dengan salmon.