Pernah dengar Ketupat Sotong? Orang pantai timur mesti familiar dengan juadah ni... Resepi ni, kak ct belajar daripada mak mertua. Nak kenalah jugak ikut selera suami ye tak? Kak ct masih lagi mencuba resepi ni sehingga dapatkan satu hasil yang betul-betul perfect... percayalah... memang susah!
Tapi mana akan datangnya hasil kalau tanpa usaha ye tak? Di sini kak ct kongsikan resepi ketupat sotong untuk semua. Selamat mencuba.
Bahan-Bahan:
- 5 ekor sotong bersaiz besar (tidak perlu buang kulit)
- Beras pulut
- Santan
- 1 inci halia
- 2 ulas bawang merah
- 1 sudu biji halba
- Garam dan gula
- Rendam lebih kurang 1 cawan beras pulut beras dengan 1/2 cawan santan. dan biarkan untuk beberapa jam
- Selepas beras pulut agak mengembang, boleh mula isikan kedalam sotong sebanyak 1/2 sukatan sotong.
- Dalam periuk, masukkan santan cair (jangan gunakan dulu santan yang pekat), bawang dan halia yang telah dihiris dan biji halba.
- Tambahkan garam dan gula untuk perasa
- kemudian masukkan sotong, dan biarkan mereneh sekejap sebelum ditambahkan santan yang pekat
- Sentiasa kacau agar kuah tidak pecah santan.
- Bila sotong agak kembung dan empuk bolehlah angkah dan dihidangkan.
Comments (0)
Post a Comment