spoon

VANILLA PANNA COTTA

Category: ,

Idea untuk cuba buat resepi ni bila husband kak ct bawa kak ct makan di satu famous western restoran yang orang ramai kenali sebagai "William". Restoran tu, memang heaven dengan western menunya, dia punya hidangan 1 boleh makan untuk tiga orang. Besar portion!

Salah satu dessert yang menarik selera kak ct adalah Panna Cotta... Dia punya sedap, subhannallah! Memang sedaplah. Kak ct cuba cari idea macam mana nak buat dessert tu, dan come out dengan cara yang paling mudah selepas menonton beberapa tutorial video di Youtube. 

So ini cara kak ct sediakan Panna Cotta kak ct... Cubalah! Memang sangat mudah!




Bahan-Bahan:
  1. Gelatine Powder
  2. 3 cawan Whipping Cream
  3. Gula 
  4. Vanilla seed
  5. 1/2 cawan Susu segar
  6. Chocolate / strawberry / caramel (sebagai sauce)
Cara Masak:
  1. Gelatine powder disatukan ke dalam satu mangkuk susu (lebih kurang 30 ml), dan biarkan sehingga ia menjadi seakan-akan berketul atau sedikit pekat...
  2. 3 cawan whipping cream + 6 sudu gula dimasak atas api perlahan. kemudian masukkan vanilla seed (kalau takde, guna perisa vanilla pun boleh) dan kacau perlahan.
  3. Setelah agak mendidih, masukkan adunan gelatine tadi ke dalam adunan whipping cream dan kacau sebati. Pastikan gelatine tadi betul-betul disolved dalam adunan cream
  4. Sediakan acuan mangkuk/cawan kecil, dan tuangkan adunan tadi ke dalam acuan.
  5. Biarkan sejuk di dalam peti ais, sehingga cream tersebut menjadi soft dan fluffy (macam dadih, but not agar-agar). 
  6. For plating, boleh unmold acuan vanilla cream itu ke atas pinggan
  7. Sedia dimakan begitu sahaja, atau boleh letak any favorite sweet sauce (chocolate, strawberry, caramel... name it!)

Comments (2)

Berapa byk guna gelatine powder?

Aida. Saya gune powder pack knox tu. dlm 1tbs

Post a Comment