spoon

KETAM BERCILI MASAM MANIS

Category: ,



Bahan-Bahan:


  1. 4 ekor Ketam
  2. Tomato
  3. Daun Bawang

BAHAN A

Kisar
  1. 1 biji bawang merah
  2. 1 biji bawang putih
  3. Udang Kering
  4. Ikan bilis
Hiris Halus
  1. 1 biji bawang merah besar
  2. 3 biji bawang putih
  3. 4 biji cili padi
  4. 1 biji cili merah hidup
  5. 2 inci halia
  6. 1 inci lengkuas
  7. 2 batang serai
BAHAN B
  1. Garam
  2. Gula Merah
  3. Sos tiram
  4. Sos cili
  5. Sos tomato
  6. Lemon Jus
  7. Sedikit Air
Cara Masak:
  1. Rebus / goreng (dengan minyak yang sedikit) ketam separuh masak. kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Tumis Bahan A yang dihiris halus sebelum dimasukkan bersama Bahan A yang dikisar. Tumis sehingga naik bau dan cili menjadi agak garing.
  3. Kemudian, tambahkan Bahan B
  4. Seimbangkan rasa kuah sambal. Jangan masukkan terlalu banyak air untuk elakkan terlalu cair. 
  5. Masukkan ketam tadi dan digaulkan sebati.Setelah agak masak, masukkan tomato kemudian terus angkat.
  6. Taburkan daun bawang yang dihiris halus sebelum dihidangkan.

Comments (0)

Post a Comment