spoon

DAGING GORENG SWEET SPICY DAN BUNCIS

Category: ,



Kalau rasa malas nak buat 2/3 jenis lauk, masakan jenis campur goreng ni sesuai disediakan untuk bilangan 2 orang makan. Untuk sorang makan memang sesuai. 

Mudah sangat!



Bahan-Bahan:
  1. Daging batang pinang di potong kecil
  2. Bawang besar, halia, cili padi, cili merah (dipotong)
  3. 2 biji bawang putih (dketuk)
  4. Kacang Buncis dihiris kecil
  5. Tomato dipotong empat
  6. Garam 
  7. Serbuk kunyit
  8. Kicap pekat manis
  9. Sedikit Air
  10. Sedikit Minyak
Cara Masak:
  1. Rebus daging yang dipotong kecil tadi sehingga agak empuk kemudian toskan dan diasingkan.
  2. Bahan 2 & 3 di atas ditumis dengan sedikit minyak.
  3. Bila agak naik bau dan garing, masukkan daging yang telah direbus tadi dan digoreng bersama.
  4. Tambahkan serbuk kunyit, garam dan kicap pekat manis. Sebatikan di dalam kuali
  5. Masukkan sayur kacang buncis dan tambah sedikit air supaya berkuah (jangan letak air terlalu banyak)
  6. Akhir sekali masukkan tomato sebelum dihidangkan. 


Comments (0)

Post a Comment