Kak siti akui kak siti dulu memang tak suka makan tempoyak. Tak boleh langsung.
Tapi sejak kahwin dengan Abang Jeed, masakan tempoyak ikan patin dah jadi macam sebati. Pertama kali makan selepas 28 tahun "berpantang", akhirnya kak siti tewas dengan masakan mak mertua kak siti. Nak kata, demi kerana cinta, "I sanggup makan tempoyak You". Masakan tempoyak ni memang kesukaan Abg Jeed. So, kak siti memanglah kena tau macam mana nak memasaknya.
Barulah kak siti tau yang masakan tempoyak ni, tak semestinya menggunakan santan kelapa macam yang kak siti pernah nampak di keda-kedai yang bukan di kawasan pantai timur.
Sangatlah mudah masak tempoyak ikan patin ni, pejam mata pun boleh siap! Di sini, kak siti kongsi resepi tempoyak ikan patin yang paling mudah! Perlu tau, rasa pedas, dan rasa masam tempoyak mengikut kesekaan masing-masing, kalau nak lebih pekat dan masam, letak lebih tempoyak. Kalau nak rasa lebih pedas letak lebih cili padi! :) Selamat mencuba!
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan patin (disiang dan dibuang lendir)
- Tempoyak
- 21 cili padi merah
(Bergantung kepada kepedasan. Biasanya kak siti buat untuk 1 ekor ikan patin, bersamaan dengan 21 biji cili padi)
- 2 inci kunyit hidup
- Air
- Daun Kesum
- Garam dan gula
- Asam keping (Jika perlu)
Cara Masak:
- Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga betul-betul lumat.
- Kemudian, gaulkan bersama dengan 4 sudu besar tempoyak (mengikut kesukaaan)
- Masukkan 5 cawan air ke dalam periuk, dan campurkan bahan tempoyak tadi ke dalam periuk
- Masukkan garam dan gula mengikut rasa dan kacau sebati. Jika rasa kurang masam, boleh masukkan asam keping sebagai penambah perisa.
- Masukkan ikan patin yang telah dipotong kecil dan dimasukkan daun kesum
- Reneh sehingga berbau dan cukup masak. (Jangan reneh terlalu lama, untuk mengelakkan rasa manis ikan patin itu hilang dan daging ikan menjadi overcooked)
Kak Ct bukanlah penggemar Ikan Salmon, tapi Abg Jeed YES. Kami biasanya makan salmon yang dimasak secara teppayanki. Kali ni Kak Ct nak kongsi bagaimana nak menyediakan Resepi Ikan Salmon yang mudah dengan sedikit bahan tambahan yang baru
Bahan-Bahan:
- Ikan salmon yang disiang fillet (cara yang betul)
- Garam
- Black Pepper
- Capers
- Butter
- Lemon
- Kentang
- Daun Rosemary & Paprika
- Salad
- Thousand Island (Salad dressing)
Cara Masak:
- Season ikan salmon dengan garam dan pepper. Tidak perlu marinate dengan bahan yang banyak kerana salmon sedap dimasak dengan cara mengekalkan rasa ikan salmon itu sendiri.
- Grilled ikan salmon di atas kuali pan (bahagian kulit dahulu) sehingga masak. Jangan sampai overcooked.
- Basuh kentang (kak ct gemar gunakan Australia washed potatoes) dan dibelah dua. Season potatoed dengan garam, pepper dan daun rosemary yang dicincang. Tambahkan sedikit perasa serbuk paprika.
- Sebelum bungkus kentang dengan aluminium foil, sapukan butter dibahagian yang dipotong dan kemudian dibakar.
- Untuk penyediaan sauce:
- Melt butter dan lemon zest sehingga brownish
- Tambahkan capers dan juice lemon dan dibiarkan masak sehingga sebati
- Balancekan rasa sekiranya tidak biasa dengan terlalu masam, boleh tambahkan gula / madu.
- Tuangkan sauce tersebut sedikit di atas ikan salmon sewaktu dihidangkan
- Untuk penyediaan salad:
- Just campurkan daun-daun salad dengan thousand island :)
Boleh hidangkan seperti gambar di atas :)
currentVote
noRating
noWeight
Posted on
Sunday, August 5, 2012
7:14 PM
| By:
dcharmed
Category:
Hari raya semakin hampir, tahun ni Kak Ct kelam kabut dengan jadual keluarga. Tolong kakak jaga anak nya yang baru lahir, ziarah keluarga di kampung, siapkan kerja pejabat yang tak pernah habis, terlalu kelam kelibut sampaikan kuih raya pun kak ct tak sempat nak buat.
Kesian ummi, tak sempat nak buatkan kuih favourite Biskut milo nestum dia.
Tapi semalm kak ct cuba gahkan diri untuk buat satu jenis kuih, kononnya bolehlah buat tambah koleksi kuih raya nanti. Ini antara kuih raya yang selalu kak ct buat tiap kali menjelang raya. Mudah dan ringkas! Kali ni kak ct cuba tambahkan bahan baru untuk beri kelainan.
Biskut Cornflakes Oreo Madu!
Bahan-Bahan:
- Satu kotak Conrflakes
- Biskut Oreo (Dibuang filingnya)
- 1 Cawan Gula
- 1 Cawan Planta
- 1 Cawan Madu
- 1 sudu teh esen vanilla
- Buah Cherry
- Candy Sprinkles
- Mangkuk Kertas
Cara Masak:
- Ramas cornflakse sehingga menjadi serpihan kecil
- Hancurkan biskut oreo
- Campurkan cornflakes dan oreo menjadi satu adunan dan asingkan
- panaskan kuali dan cairkan planta dan gula. Setelah sebati, masukkan madu dan esen vanila dan sentiasa gaul supaya tidak mengeras.
- Setelah gula larut sepenuhnya, tuangkan sedikit demi sedikit ke adunan cornflakes dan oreo tadi.
- Kacaukan supaya ianya sebati dan tidak bergumpal.
- Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam acuan mangkuk kertas dan dihiaskan dengan buah cherry yang telah dipotong dadu serta candy sprinkles
- Kemudian bakar di dalam oven dengan suhu 150 darjah celcius selama lebih kurang 10 minit.
- Setelah siap dibakar, biarkan ianya sejuk (akan mengeras) dan kemudian bolehlah dihidangkan.
Posted on
Tuesday, July 31, 2012
5:55 PM
| By:
dcharmed
Category:
Satu hari kak ct berbual dengan kawan baik kak ct. Kami borak tentang resepi apa yang nak dimasak, senang dan cepat. Macam-macam idea keluar dan sampailah kawan kak ct bercerita pasal Kacang Phool.
Kak ct memang pernah dengar tentang Kacang Phool ni. Masakan signature yang terkenal di Johor Bahru. Menu Kacang Phool ni nampak simple Roti di cicah dengan kuah dan dihias dengan telur mata. Dulu memang tak pernah teringin nak rasa, tapi selepas berbual dengan kawan kak ct si Tini Aziz tu. Kak ct terasa nak mencuba.
So semalam kak ct pun masak Kacang Phool ni untuk juadah berbuka puasa :)
Bahan-Bahan:
- Roti Perancis / Roti Potong
- Telur (Sekiranya perlu)
- Daging cincang
- Kacang Panggang (Baked Beans)
- Pes Tomato
- 1 biji bawang merah besar
- 2 biji bawang putih
- 1 inci halia
- Rempah Kari
- Rempah Kurma
- Serbuk Cili
- Gula Perang
- Garam
- Sedikit air
- Minyak untuk menumis
Cara Masak:
- Kisar halus bahan (6) sehingga (8) di atas.
- Tumiskan bahan yg telah dihiris tadi sehingga naik bau. Kemudian
masukkan rempah kurma, rempah kari dan serbuk cili. Masukkan gulu dan garam secukup rasa.
- Gaul sebati sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan daging kisar tadi dan digoreng bersama bahan tumisan sehingga masak
- Setelah daging agak garing, masukkan baked beans dan pes tomato dan kacau sebati.
- Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga agak berkuah. (Jangan terlalu cair)
- Masak semuanya bersama sehingga daging cukup masak. Kemudian angkat dan dihidangkan bersama dengan telur mata, potongan cili hidup dan boleh juga bersama dengan limau nipis dan dimakan bersama dengan roti.
Posted on
Saturday, July 21, 2012
10:00 AM
| By:
dcharmed
Category:
Percubaan masakan berasakan halia adalah terlalu pelbagai. Sama ada mahu masak halia kosong / pedas / berkuah. Bahan asas paling senang, tak perlu pikir utk kisar. Semua bahan lebih sedap dihiris halus.
Kak ct paling suka kalau gunakan burung puyuh sbg baha utama. Malangnya, tak mudah utk dapatkan bekalan daging burung puyuh mentah ni. Makanya kak ct cari alternatif lain iaitu gunakan daging.
Bahan-Bahan:
- Daging lembu batang pinang
- serai
- 1 biji bawang merah besar
- 4 biji bawang putih
- 2 inci halia
- 4 biji cili padi
- cili hidup merah
- Kicap pekat manis & sos tiram
- Garam dan gula
Cara Masak:
- Hiris halus bahan (3) sehingga (7) di atas.
- hiris nipis daging dan goreng dengan minyak sedikit sehingga separuh masak. Angkat dan asingkan
- Tumiskan bahan yg telah dihiris tadi sehingga naik bau
- Tambahkan kicap pekat manis & sedikit sos tiram, gula serta garam. Tambahkan serai yg telah dititik
- Masukkan daging yg telah digoreng tadi ke dalam bahan tumisan dan digaul sebati. Goreng bersama sehingga daging cukup masak. Kemudian angkat dan dihidangkan bersama dengan daun parsley.
Kalau nak lebih pedas bolehlah tambahkan cili kisar / serbuk cili
Dulu kecil-kecil kak ct pernah tinggal dengan atuk dan nenek di kampung 3 tahun. Bila tinggal di kampung ni, memang banyak resepi kampung yang boleh belajar. Tapi antara yang kak ct selalu ingat makanan kesukaan atuk kak ct. Masak Lemak.
Tak kisahlah masak lemak apa pun, dalam sehari tu, mesti ada satu jenis lauk Masak Lemak yang kena buat untuk atuk. Kak ct membesar dengan masakan tu, dan banyak jenis Masak Lemak yang kak ct belajar.
Untuk #1 Masak Lemak yang kak ct nak kongsikan hari ni, yang paling mudah dan sesuai untuk mereka-meraka yang tak tahan pedas. Ha, kalau nak tau, Masak Lemak orang Jawa ni, kebanyakkannya memang pedas-pedas belaka!
Bahan-Bahan:
- 5 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- sedikit kunyit hidup (boleh juga digantikan dengan serbuk kunyit)
- 4 biji cili padi
- Ikan Bilis
- Udang kering
- Santan Kelapa
- Baby Sawi dipotong kecil
Cara Masak:
- Tumbuk halus bahan (1) sehingga (6) di atas.
- Asingkan santan cair dan pati santan. Didihkan santan cair dahulu dan masukkan campuran bahan yang telah ditumbuk tadi.
- Setelah naik bau, masukkan udang, dan biarkan sehingga udang berubah warna
- Tambahkan pati santan dan digodak perlahan. (Perlu pastikan tidak pecah santan, waktu ini, perlu sentiasa kawal api dan teruskan mengacau)
- Tambahkan sayur dan bila agak masak tutupkan api.
SENANGKAN?!
7:27 AM
| By:
dcharmed
Category:
minum petang
,
sarapan
Petang-petang memang waktu terbaik untuk beriadah bersama keluarga. Biasanya kak ct akan sediakan air panas beserta dengan keropok goreng atau makanan favorite resepi daripada Ummi kak ct iaitu Jemput-jemput udang.
Resepi jemput-jemput daripada ummi kak ct memang lain. Kak ct pernah tanya apa rahsia jemput-jemput Ummi kak ct lembut tapi kulitnya garing? Caranya mudah... kena guna air panas (betul-betul panas yang lepas mendidih tu) untuk bancuhan dan tambah sedikit serbuk bikarbonat.
Atas permintaan kawan kak ct, di sini kak ct kongsikan resepi yang kak ct belajar daripada Ummi kak ct. Selamat mencuba!
Bahan-Bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 Biji telur
- Sedikit serbuk bikarbonat (hujung sudu kecil)
- 1 ulas bawang besar
- Segengam Ikan bilis
- 1 ulas bawang putih
- Daun kucai (dipotong lebih kurang 1 cm panjang)
- Cili hidup (dibuang biji dan dihiris halus)
- 10 ekor Udang yang dibuat kulit dan dipotong kecil (ikut kehendak, nak lebih boleh, nak kurang pun boleh)
- Sedikit garam
- Sedikit air
- Minyak untuk menggoreng
Cara Masak:
- Tumbuk bawang besar + bawang putih + ikan bilis (tumbuk kasar)
- Campurkan tepung dan serbuk bikarbonat kemudian masukkan telur
- Campurkan bahan yang telah ditumbuk tadi + udang + cili hidup + daun kucai ke dalam adunan tepung
- Tambahkan air panas sedikit demi sedikit sehingga adunan jemput jemput menjadi agak lembut (tidak terlalu cair)
- Tambah sedikit garam
- Sekiranya masih pekat, tambahkan sedikit air ( tapi tidak terlalu cair)
- Panaskan minyak, dan jemput-jemput boleh digoreng
- Goreng sehingga jemput-jemput agak kekuningan, angkat dan toskan.
Tambahan : Sos cicah
- Tumbuk 2 ulas bawang putih sehingga halus
- bancuhkan sos cili + sedikit gula dan tambahkan bawang putih yang telah ditumbuk tadi
- tambahkan sedikit air panas dan kacau sehingga sebati.
Ha, hari ni baru kak ct sempat nak kongsikan satu resepi baru kak ct belajar dengan sorang kawan yang berkahwin dengan anak jati Pahang. Biasanya kalau dengar orang Pahang, diorang ni memang sinonim dengan Tempoyak, walaupun secara asalnya Tempoyak tu makanan tradisi orang Perak (eh saya lahir kat Perak).
Tapi kak ct ni dulu (dululah) memang tak boleh makan tempoyak... Bau pun langsung tak boleh. kalau ambil lauk masak lemak, dan ada dicampur tempoyak, memang boleh gaduh dengan orang kedai.
Tapi sejak dah berkahwin dengan anak Pahang ni, kak ct mula menjinakkan diri dalam arena pemasakan menggunakan tempoyak. Mak mertua kak ct punya masak tempoyak ikan patin memang kaw... dan peliknya, memang takde langsung bau yang menjelekkan daripada masakan mak mertua kak ct. Tak macam yang selalu dihidu di kedai-kedai makan yang lain. Sejak daripada situlah, kak ct rasa kak ct boleh belajar untuk menerima tempoyak dalam menu makanan. Apa salahnya kita berubah untuk kebahagian orang lain ye tak?
Makanya kak ct cari alternatif lain, untuk cuba menghidangkan menu berasaskan tempoyak untuk suami kak ct. Inilah apa yang kak ct dapat belajar... Sambal goreng tempoyak dan petai!
Selamat mencuba!
Bahan-Bahan:
- 2 sudu Tempoyak
- Cili padi 13 biji
- Segengam Ikan bilis (digoreng terlebih dahulu)
- Bawang merah dipotong bulat
- Petai dihiris halus
- 2 inci kunyit hidup
- 1 ulas bawang putih
- Garam + Gula Perang
- Sedikit air
- Minyak untuk menumis
Cara Masak:
- Tumbuk cili padi + kunyit hidup + bawang putih
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus. Tumis sehingga naik bau dan tidak terlalu kering
- Masukkan hirisan bawang + petai + ikan bilis yang telah digoreng
- Masukkan 2 sudu tempoyak (atau lebih mengikut kehendak) dan teruskan menumis. Tambahkan terus sedikit gula dan garam. Tumis sehingga agak pekat kemudian masukkan air
- Sekiranya masih pekat, tambahkan sedikit air ( tapi tidak terlalu cair)
- Sambal ini biasanya tidak terlalu kering dan biarkan ianya berkuah dan sedikit berminyak.