Petang-petang memang waktu terbaik untuk beriadah bersama keluarga. Biasanya kak ct akan sediakan air panas beserta dengan keropok goreng atau makanan favorite resepi daripada Ummi kak ct iaitu Jemput-jemput udang.
Resepi jemput-jemput daripada ummi kak ct memang lain. Kak ct pernah tanya apa rahsia jemput-jemput Ummi kak ct lembut tapi kulitnya garing? Caranya mudah... kena guna air panas (betul-betul panas yang lepas mendidih tu) untuk bancuhan dan tambah sedikit serbuk bikarbonat.
Atas permintaan kawan kak ct, di sini kak ct kongsikan resepi yang kak ct belajar daripada Ummi kak ct. Selamat mencuba!
Bahan-Bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 Biji telur
- Sedikit serbuk bikarbonat (hujung sudu kecil)
- 1 ulas bawang besar
- Segengam Ikan bilis
- 1 ulas bawang putih
- Daun kucai (dipotong lebih kurang 1 cm panjang)
- Cili hidup (dibuang biji dan dihiris halus)
- 10 ekor Udang yang dibuat kulit dan dipotong kecil (ikut kehendak, nak lebih boleh, nak kurang pun boleh)
- Sedikit garam
- Sedikit air
- Minyak untuk menggoreng
- Tumbuk bawang besar + bawang putih + ikan bilis (tumbuk kasar)
- Campurkan tepung dan serbuk bikarbonat kemudian masukkan telur
- Campurkan bahan yang telah ditumbuk tadi + udang + cili hidup + daun kucai ke dalam adunan tepung
- Tambahkan air panas sedikit demi sedikit sehingga adunan jemput jemput menjadi agak lembut (tidak terlalu cair)
- Tambah sedikit garam
- Sekiranya masih pekat, tambahkan sedikit air ( tapi tidak terlalu cair)
- Panaskan minyak, dan jemput-jemput boleh digoreng
- Goreng sehingga jemput-jemput agak kekuningan, angkat dan toskan.
- Tumbuk 2 ulas bawang putih sehingga halus
- bancuhkan sos cili + sedikit gula dan tambahkan bawang putih yang telah ditumbuk tadi
- tambahkan sedikit air panas dan kacau sehingga sebati.
Comments (0)
Post a Comment