spoon

TEMPOYAK IKAN PATIN

Category:


Kak siti akui kak siti dulu memang tak suka makan tempoyak. Tak boleh langsung.

Tapi sejak kahwin dengan Abang Jeed, masakan tempoyak ikan patin dah jadi macam sebati. Pertama kali makan selepas 28 tahun "berpantang", akhirnya kak siti tewas dengan masakan mak mertua kak siti. Nak kata, demi kerana cinta, "I sanggup makan tempoyak You". Masakan tempoyak ni memang kesukaan Abg Jeed. So, kak siti memanglah kena tau macam mana nak memasaknya.

Barulah kak siti tau yang masakan tempoyak ni, tak semestinya menggunakan santan kelapa macam yang kak siti pernah nampak di keda-kedai yang bukan di kawasan pantai timur.

Sangatlah mudah masak tempoyak ikan patin ni, pejam mata pun boleh siap! Di sini, kak siti kongsi resepi tempoyak ikan patin yang paling mudah! Perlu tau, rasa pedas, dan rasa masam tempoyak mengikut kesekaan masing-masing, kalau nak lebih pekat dan masam, letak lebih tempoyak. Kalau nak rasa lebih pedas letak lebih cili padi! :) Selamat mencuba!




Bahan-Bahan:

  1. 1 ekor ikan patin (disiang dan dibuang lendir)
  2. Tempoyak
  3. 21 cili padi merah
    (Bergantung kepada kepedasan. Biasanya kak siti buat untuk 1 ekor ikan patin, bersamaan dengan 21 biji cili padi)
  4. 2 inci kunyit hidup
  5. Air
  6. Daun Kesum
  7. Garam dan gula
  8. Asam keping (Jika perlu)
Cara Masak:
  1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga betul-betul lumat.
  2. Kemudian, gaulkan bersama dengan 4 sudu besar tempoyak (mengikut kesukaaan)
  3. Masukkan 5 cawan air ke dalam periuk, dan campurkan bahan tempoyak tadi ke dalam periuk 
  4. Masukkan garam dan gula mengikut rasa dan kacau sebati. Jika rasa kurang masam, boleh masukkan asam keping sebagai penambah perisa.
  5. Masukkan ikan patin yang telah dipotong kecil dan dimasukkan daun kesum
  6. Reneh sehingga berbau dan cukup masak. (Jangan reneh terlalu lama, untuk mengelakkan rasa manis ikan patin itu hilang dan daging ikan menjadi overcooked)



Comments (0)

Post a Comment