spoon

Sambal Goreng Tempoyak dan Petai

Category:

Ha, hari ni baru kak ct sempat nak kongsikan satu resepi baru kak ct belajar dengan sorang kawan yang berkahwin dengan anak jati Pahang. Biasanya kalau dengar orang Pahang, diorang ni memang sinonim dengan Tempoyak, walaupun secara asalnya Tempoyak tu makanan tradisi orang Perak (eh saya lahir kat Perak).

Tapi kak ct ni dulu (dululah) memang tak boleh makan tempoyak... Bau pun langsung tak boleh. kalau ambil lauk masak lemak, dan ada dicampur tempoyak, memang boleh gaduh dengan orang kedai.

Tapi sejak dah berkahwin dengan anak Pahang ni, kak ct mula menjinakkan diri dalam arena pemasakan menggunakan tempoyak. Mak mertua kak ct punya masak tempoyak ikan patin memang kaw... dan peliknya, memang takde langsung bau yang menjelekkan daripada masakan mak mertua kak ct. Tak macam yang selalu dihidu di kedai-kedai makan yang lain. Sejak daripada situlah, kak ct rasa kak ct boleh belajar untuk menerima tempoyak dalam menu makanan. Apa salahnya kita berubah untuk kebahagian orang lain ye tak?

Makanya kak ct cari alternatif lain, untuk cuba menghidangkan menu berasaskan tempoyak untuk suami kak ct.  Inilah apa yang kak ct dapat belajar... Sambal goreng tempoyak dan petai!

Selamat mencuba!




Bahan-Bahan:

  1. 2 sudu Tempoyak
  2. Cili padi 13 biji
  3. Segengam Ikan bilis (digoreng terlebih dahulu)
  4. Bawang merah dipotong bulat
  5. Petai dihiris halus
  6. 2 inci kunyit hidup
  7. 1 ulas bawang putih
  8. Garam + Gula Perang
  9. Sedikit air
  10. Minyak untuk menumis
Cara Masak:
  1. Tumbuk cili padi + kunyit hidup + bawang putih
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus. Tumis sehingga naik bau dan tidak terlalu kering
  3. Masukkan hirisan bawang + petai + ikan bilis yang telah digoreng
  4. Masukkan 2 sudu tempoyak (atau lebih mengikut kehendak) dan teruskan menumis. Tambahkan terus sedikit gula dan garam. Tumis sehingga agak pekat kemudian masukkan air
  5. Sekiranya masih pekat, tambahkan sedikit air ( tapi tidak terlalu cair)
  6. Sambal ini biasanya tidak terlalu kering dan biarkan ianya berkuah dan sedikit berminyak. 



Comments (0)

Post a Comment