spoon

Kerabu kerang ala-Thai

0

Category:



Cara Penyediaan:

  1. Rebus kerang dengan seinci halia yang telah dihiris dan serai. 
  2. Selepas masak, kopek (buka) kerang sebelah dan susun di atas pinggan
  3. Sediakan bahan-bahan untuk air asam seperti di bawah.
Bahan-bahan untuk air asamnya:
    1. Sebiji bawang besar
    2. 4 ulas bawang putih
    3. 7 biji cili padi
    4. Setengah biji tomata
    5. Daun ketumbar
    Hiris kecil semua bahan di atas dan campurkan bersama 3 sudu kecil pati asam jawa, 2 sudu kecil sos ikan, 2 biji hirisan limau nipis, 2 sudu kecil gula, sebiji perahan limau. Kacau sebati dan kemudian tuang ke atas kerang yang telah disusun tadi. 

    (Sekiranya berminat boleh juga gunakan cuka, tapi kakct tak guna. Jangan tenung lama sgt takut ngences)

    Wadeh

    0

    Category:



    Cara-cara memasak:

    1. 2 cawan Kacang dhal rendam 2 jam. Tos dan ditumbuk 3/4 lumat. Tekstur menjadi sedikit kasar
    2. Hiris kasar 1 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, 2 tangkai cili padi dan 3 tangkai daun kari.
    3. Campur semua bahan ke dalam kacang dhal yang telah disediakan tadi. 
    4. Tambah sesudu serbuk kari dan seperisa garam dan digaul rata.
    5. Kepal padat seperti bola dan penyet sedikit menjadileper. Agak-agak ikut ketebalan yang disuakai. Padat-padatkan. 
    6. Goreng dalam minyak yang panas. Angkat bila sudah mula nampak keperangan dan tos minyak.
    Wadeh ni sedap di makan sewaktu panas-panas, rangup!

    AYAM ku PERCIK cinta ku ke dalam hati mu

    0

    Category: , ,



    Cara-cara memasak:

    Bahan A (dikisar)

    1. 2 bawang besar, 
    2. 4 bawang putih, 
    3. 3 serai, 
    4. Seinci halia, 
    5. Seinci lengkuas, 
    6. 8 cili kering, 
    7. Sesudu madu,
    8. Sos cili, 
    9. Sos tiram, 
    10. Lada hitam, 
    11. Ketumbar, 
    12. Jintan manis 
    13. Jintan putih.
    Amik suku bahan blender dan sedikit garam untuk  dilumur ke ayam, perapkan sejam. 


    Panaskan minyak dan tumis bahan A + garam + gula sehingga pecah minyak. Kemudian tambahkan sedikit santan dan dikawal kepekatan kuah dengan sedikit air. Masak sehingga naik bau menusuk kalbu. 

    Boleh bakar atas grill pan atas dapur biasa atau guna arang. Bila ayam cukup masak, curahkan kuah percik yang dimasak tadi ke atas ayam sehingga memercikkan ke sekeliling dapur. Kemudian angkat hidang dan jangan ditenung lama-lama.

    Jantung Pisang Goreng Pedas

    0

    Category: , , , ,


    Cara-cara memasak:

    Rebus jantung pisang hingga agak lembut. Jangan sampai masak lembik. Angkat dan toskan. 

    1. Panaskan minyak untuk menumis. 
    2. Bawang besar, bawang putih, halia, lada merah hidup (hiris), 10 cili kering tumbuk (yek, tumbuk! Bukan blender) ditumis.
    3. Kemudian masukkan sdeikit belacan (sikit jek) dan tumis semua sampai naik bau semerbak... 
    4. Tambah gula nisan, garam dan bila tumisan agak kering, masukkan jantung pisang yg sudah tos tadi. Tambah sedikit santan, perasakan dengan garam... (Kalau nak lebih kuah tambah air). Goreng goreng goreng tapi jangan sampai terlalu kering hingaa hangus garing. 

    Ikan golek

    0

    Category: ,





    Bahan-Bahan:

    Bahan A (dikisar)
    1. 2 ulas bawang merah
    2. 4 ulas bawang putih 
    3. cili kering (dalam 10 - ikut tahap kepedasan yang disuka) 
    4. 2 batang serai
    5. 2 inci halia
    6. 1 inci kunyit hidup
    Bahan B:
    1. Ikan selar
    2. 2 sudu kecil biji halba
    3. 1 cawan santan
    4. Asam jawa
    5. Gula nisan
    6. Garam 

    Cara Masak:
    1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian dibakar ( atau grill on pan). Sudah masak, ketepikan.
    2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan A kemudian masukkan biji halba. Tumis sehingga pecah minyak. 
    3. Bila bahan tumisan naik bau dan cukup pecah minyak, masukkan santan, gula, garam dan boleh tambah sedikit air untuk kuah tidak terlalu pekat.
    4. Bila kuah cukup masak, curahkan ke atas ikan yang sudah dibakar tadi dan boleh terus dihidang.

    Baked Macaroni (Microwaved)

    0

    Category: ,



    kali ini kak ct amik resepi dari sini :-

    Laksa Utara-Selatan

    0

    Category:




    Bahan-Bahan:
    Bahan A:
    1. 6 ulas bawang merah
    2. 10 ulas bawang puti
    3. cili kering (dalam 20-30 tangkai)
    4. 1 sudu udang kering
    Bahan B:
    1. 7-10 ekor ikan selayang selangor
    2. Mee Laksa
    3. Asam keping
    4. Setangkai Bunga Kantan
    5. Beberapa kuntum daun kesum
    6. Garam
    Bahan C:
    1. Timun
    2. Bawang besar
    3. Bungan Kantan
    4. Limau Nipis
    5. Cili Padi
    6. Daun Salad
    Cara Masak:

    1. Rendam mee laksa dalam air biasa sehingga lembut, kemudian baru rendam dalam air panas sampai betul-betul lembut untuk dimakan (jangan sampai benyek!) tongue emoticon
    2. Ikan selayang direbus, bila masak asingkan tulang. Blender isi ikan dulu, then baru tulang belulang ikan dan tapis. make sure jangan ada tulang kasar, nanti tercekik tulang :)
    3. Bahang A dikisar
    4. Mula renehkan kuahikan yang diblender tadi dalam periuk atas api perlahan dan masukkan bahan A. Potong bunga kantan masukkan. daun kesum masuk sekali. tambah garam dan perisa. dan 3 keping asam keping. Tambahkan garam secukup rasa
    5. Kalau nak lagi pedas tambahkan cili blender.
    6. Untuk salad, hiris halus Bahan C dan pastikan ditoskan supaya tidak berair. Boleh dihidang bersama dengan telur rebus (kalau suka)