Setiap kali hari raya ( setiap tahun ) kak ct ada satu tugas khas, untuk buat kuih Biskut Milo Nestum. Kuih ni kak ct dapat resepi daripada ibu azizah masa duduk di Johor Bahru dulu. Kuih raya yang nampak simple, sedap tapi membuatnya memerlukan tahap kesabaran yang paling maksima.
Untuk hasilkan biskut milo nestum yang perfect, bahan-bahannya perlu lengkap dan diadun mengikut adunan yang betul, dan dikendalikan juga dengan cermat. Tak boleh main agak-agak, ia akan jadi sama ada terlalu lembik, atau terlalu keras.
Biasanya kalau kak ct buat sorang-sorang adunan di bawah tu kak ct bahagi kepada dua, cukup setengah adunan boleh dapat dalam 2 bekas tupperware besaiz sederhana. Banyak tu, boleh cukup sampai raya! Sempena dah nak hari raya ni, boleh lah cuba!
Bahan-bahan:
- 5 Biji Kuning Telur
- 3 Cawan Mentega
- 5 Cawan gula halus
- 3 Cawan Milo
- 2 1/2 Cawan Nestum
- 2 Cawan Tepung MAZINA
- 2 Cawan Tepung Ubi
- Tepung Gandum (secukupnya untuk sebatikan adunan)
- 1 Sudu teh Vanilla essen
- 1 Sudu teh Baking Powder
Cara-cara:
- Pukul Mentega dan gula halus bersama sehingga sebati.
- Kemudian masukkan telur dan kacau. Tambahkan vanilla dan baking powder dan kacau.
- Bila telah sebati, masukkan milo, nestum, tepung mazina, tepung ubi dan tepung gandum dan kacau menggunakan spatula. Gaul hingga semua adunan sebati dan cukup lembut. (Tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut)
- Canaikan aduan sedikit demi sedikit pada loyang tipis ( gunakan bahagian belakang loyang / jenis loyang yang tipis ). Canai sehingga agak tipis, kemudian taburkan nestum dan milo ke atasnya.
- Bakar di oven bawah suhu 100 - 150 darjah.
- Setelah masak (Bakar dalam 10 - 12 minit), keluarkan dari oven, dan terus potong kepada potongan mengikut saiz yang dikehendaki dengan segera. ( Potong bentuk kiub panjang sewaktu biskut masih panas ).
- Kemudian biarkan sebentar, agak-agak sudah sejuk, baru alihkan biskut dari loyang. Biskut akan jadi keras dan rangup!
die akan jadi cair ye lepas keluar dari oven ?
najwa, cara bakar biskut ni kena atas satu dulang leper... (kalau guna dulang baking tu, boleh terbalikkan dan canai di bahagian tapak dulang). lepas bakar, kalau kita keluarkan dia akan jadi lembut (tak cair) dan kena terus potong cepat-cepat... bila sejuk ia akan jadi keras macam biskut.
Kalau jadi cair tu mungkin sebab adunan mentega / telur terlebih, boleh balancekan semula dengan campur tepung... adunan sepatutnya tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.