spoon

#1: Masak Lemak Kuning Baby Sawi dan Udang

0

Category:


Dulu kecil-kecil kak ct pernah tinggal dengan atuk dan nenek di kampung 3 tahun. Bila tinggal di kampung ni, memang banyak resepi kampung yang boleh belajar. Tapi antara yang kak ct selalu ingat makanan kesukaan atuk kak ct. Masak Lemak.

Tak kisahlah masak lemak apa pun, dalam sehari tu, mesti ada satu jenis lauk Masak Lemak yang kena buat untuk atuk. Kak ct membesar dengan masakan tu, dan banyak jenis Masak Lemak yang kak ct belajar.

Untuk #1 Masak Lemak yang kak ct nak kongsikan hari ni, yang paling mudah dan sesuai untuk mereka-meraka yang tak tahan pedas. Ha, kalau nak tau, Masak Lemak orang Jawa ni, kebanyakkannya memang pedas-pedas belaka!




Bahan-Bahan:

  1. 5 biji bawang merah
  2. 2 biji bawang putih
  3. sedikit kunyit hidup (boleh juga digantikan dengan serbuk kunyit)
  4. 4 biji cili padi
  5. Ikan Bilis
  6. Udang kering
  7. Santan Kelapa
  8. Baby Sawi dipotong kecil
Cara Masak:
  1. Tumbuk halus bahan (1) sehingga  (6) di atas.
  2. Asingkan santan cair dan pati santan. Didihkan santan cair dahulu dan masukkan campuran bahan yang telah ditumbuk tadi.
  3. Setelah naik bau, masukkan udang, dan biarkan sehingga udang berubah warna
  4. Tambahkan pati santan dan digodak perlahan. (Perlu pastikan tidak pecah santan, waktu ini, perlu sentiasa kawal api dan teruskan mengacau)
  5. Tambahkan sayur dan bila agak masak tutupkan api.
SENANGKAN?!

Jemput-Jemput Udang

0

Category: ,

Petang-petang memang waktu terbaik untuk beriadah bersama keluarga. Biasanya kak ct akan sediakan air panas beserta dengan keropok goreng atau makanan favorite resepi daripada Ummi kak ct iaitu Jemput-jemput udang.

Resepi jemput-jemput daripada ummi kak ct memang lain. Kak ct pernah tanya apa rahsia jemput-jemput Ummi kak ct lembut tapi kulitnya garing? Caranya mudah... kena guna air panas (betul-betul panas yang lepas mendidih tu) untuk bancuhan dan tambah sedikit serbuk bikarbonat.

Atas permintaan kawan kak ct, di sini kak ct kongsikan resepi yang kak ct belajar daripada Ummi kak ct. Selamat mencuba!


Bahan-Bahan:
  1. 3 cawan tepung gandum
  2. 1 Biji telur
  3. Sedikit serbuk bikarbonat (hujung sudu kecil)
  4. 1 ulas bawang besar  
  5. Segengam Ikan bilis
  6. 1 ulas bawang putih
  7. Daun kucai (dipotong lebih kurang 1 cm panjang)
  8. Cili hidup (dibuang biji dan dihiris halus)
  9. 10 ekor Udang yang dibuat kulit dan dipotong kecil (ikut kehendak, nak lebih boleh, nak kurang pun boleh)
  10. Sedikit garam
  11. Sedikit air
  12. Minyak untuk menggoreng
Cara Masak:
  1. Tumbuk bawang besar + bawang putih + ikan bilis (tumbuk kasar)
  2. Campurkan tepung dan serbuk bikarbonat kemudian masukkan telur
  3. Campurkan bahan yang telah ditumbuk tadi + udang + cili hidup + daun kucai ke dalam adunan tepung
  4. Tambahkan air panas sedikit demi sedikit sehingga adunan jemput jemput menjadi agak lembut (tidak terlalu cair)
  5. Tambah sedikit garam
  6. Sekiranya masih pekat, tambahkan sedikit air ( tapi tidak terlalu cair)
  7. Panaskan minyak, dan jemput-jemput boleh digoreng
  8. Goreng sehingga jemput-jemput agak kekuningan, angkat dan toskan.
Tambahan : Sos cicah
- Tumbuk 2 ulas bawang putih sehingga halus
- bancuhkan sos cili + sedikit gula dan tambahkan bawang putih yang telah ditumbuk tadi
- tambahkan sedikit air panas dan kacau sehingga sebati.

Sambal Goreng Tempoyak dan Petai

0

Category:

Ha, hari ni baru kak ct sempat nak kongsikan satu resepi baru kak ct belajar dengan sorang kawan yang berkahwin dengan anak jati Pahang. Biasanya kalau dengar orang Pahang, diorang ni memang sinonim dengan Tempoyak, walaupun secara asalnya Tempoyak tu makanan tradisi orang Perak (eh saya lahir kat Perak).

Tapi kak ct ni dulu (dululah) memang tak boleh makan tempoyak... Bau pun langsung tak boleh. kalau ambil lauk masak lemak, dan ada dicampur tempoyak, memang boleh gaduh dengan orang kedai.

Tapi sejak dah berkahwin dengan anak Pahang ni, kak ct mula menjinakkan diri dalam arena pemasakan menggunakan tempoyak. Mak mertua kak ct punya masak tempoyak ikan patin memang kaw... dan peliknya, memang takde langsung bau yang menjelekkan daripada masakan mak mertua kak ct. Tak macam yang selalu dihidu di kedai-kedai makan yang lain. Sejak daripada situlah, kak ct rasa kak ct boleh belajar untuk menerima tempoyak dalam menu makanan. Apa salahnya kita berubah untuk kebahagian orang lain ye tak?

Makanya kak ct cari alternatif lain, untuk cuba menghidangkan menu berasaskan tempoyak untuk suami kak ct.  Inilah apa yang kak ct dapat belajar... Sambal goreng tempoyak dan petai!

Selamat mencuba!




Bahan-Bahan:

  1. 2 sudu Tempoyak
  2. Cili padi 13 biji
  3. Segengam Ikan bilis (digoreng terlebih dahulu)
  4. Bawang merah dipotong bulat
  5. Petai dihiris halus
  6. 2 inci kunyit hidup
  7. 1 ulas bawang putih
  8. Garam + Gula Perang
  9. Sedikit air
  10. Minyak untuk menumis
Cara Masak:
  1. Tumbuk cili padi + kunyit hidup + bawang putih
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus. Tumis sehingga naik bau dan tidak terlalu kering
  3. Masukkan hirisan bawang + petai + ikan bilis yang telah digoreng
  4. Masukkan 2 sudu tempoyak (atau lebih mengikut kehendak) dan teruskan menumis. Tambahkan terus sedikit gula dan garam. Tumis sehingga agak pekat kemudian masukkan air
  5. Sekiranya masih pekat, tambahkan sedikit air ( tapi tidak terlalu cair)
  6. Sambal ini biasanya tidak terlalu kering dan biarkan ianya berkuah dan sedikit berminyak.