spoon

ASAM PEDAS IKAN MERAH

Category: ,

Masakan asam pedas antara lauk favourite kak ct sejak kecil. Kalau dulu masa kecil, ummi selalu masak asam pedas ikan pari, atau pun ikan kembung. Dulu ikan merah jarang dapat beli ( mahal kan! ). So sekarang bila dah kerja, baru merasa asam pedas ikan merah.

Biasanya kak ct selalu makan asam pedas ni dengan nasi begitu sahaja, jarang dicampur dengan lauk-lauk yang lain, sebab nak rasa asli asam pedas tu sendiri. Nasi biasanya memang penuh dengan kuah asam pedas, dicampur dengan kicap manis ( cap kipas udang ). Memang lauk paling terbaik yang boleh buat kak ct duduk bersila di meja makan berjam-jam! Ummi kak ct turunkan resepi ni kepada kak ct, kalau ummi, kadang-kadang dia letak belacan, kak ct kurang minat belacan, so kak ct tak masukkan dalam resepi kak ct. Tapi kak ct tambahkan udang kering dan bunga kantan untuk tambah rasa dan wangi asam pedas.

Tips untuk masak asam pedas ni, bila bahan tumisan lagi banyak, lagi pekat asam pedas tu, dan lagi sedap rasa asam pedas tu nanti!

Selamat mencuba!

Asam Pedas Ikan Merah



Bahan-Bahan:

  1. Ikan merah
  2. Cili kering dikisar halus
  3. Bawang merah + Bawang Putih + Halia + Ikan Bilis + Udang Kering ( ditumbuk halus)
  4. Sayur Bendi
  5. Bunga Kantan
  6. Air Asam Jawa
  7. Daun Kesum
  8. Garam + Gula Perang + Serbuk Perasa
Cara Masak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus. Tumis sehingga naik bau dan tidak terlalu kering
  2. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan teruskan menumis. Tambahkan terus gula dan garam. Tumis sehingga cili agak kering dan pekat
  3. Masukkan Bunga Kantan
  4. Tambahkan bancuhan air asam jawa dan nilai kepekatan kuah. Sekiranya masih pekat, tambahkan sedikit air ( tapi tidak terlalu cair)
  5. Tambahkan serbuk perasa dan terus masukkan ikan
  6. Bila agak-agak ikan separuh masak, masukkan bendi (supaya bendi tidak terlalu lembik dimasak dengan ikan)
  7. Masukkan daun kesum dan masak sehingga mendidih. (Lebih kurang 10 minit atas api sederhana)

Comments (0)

Post a Comment