spoon

Kerabu kerang ala-Thai

0

Category:



Cara Penyediaan:

  1. Rebus kerang dengan seinci halia yang telah dihiris dan serai. 
  2. Selepas masak, kopek (buka) kerang sebelah dan susun di atas pinggan
  3. Sediakan bahan-bahan untuk air asam seperti di bawah.
Bahan-bahan untuk air asamnya:
    1. Sebiji bawang besar
    2. 4 ulas bawang putih
    3. 7 biji cili padi
    4. Setengah biji tomata
    5. Daun ketumbar
    Hiris kecil semua bahan di atas dan campurkan bersama 3 sudu kecil pati asam jawa, 2 sudu kecil sos ikan, 2 biji hirisan limau nipis, 2 sudu kecil gula, sebiji perahan limau. Kacau sebati dan kemudian tuang ke atas kerang yang telah disusun tadi. 

    (Sekiranya berminat boleh juga gunakan cuka, tapi kakct tak guna. Jangan tenung lama sgt takut ngences)

    Wadeh

    0

    Category:



    Cara-cara memasak:

    1. 2 cawan Kacang dhal rendam 2 jam. Tos dan ditumbuk 3/4 lumat. Tekstur menjadi sedikit kasar
    2. Hiris kasar 1 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, 2 tangkai cili padi dan 3 tangkai daun kari.
    3. Campur semua bahan ke dalam kacang dhal yang telah disediakan tadi. 
    4. Tambah sesudu serbuk kari dan seperisa garam dan digaul rata.
    5. Kepal padat seperti bola dan penyet sedikit menjadileper. Agak-agak ikut ketebalan yang disuakai. Padat-padatkan. 
    6. Goreng dalam minyak yang panas. Angkat bila sudah mula nampak keperangan dan tos minyak.
    Wadeh ni sedap di makan sewaktu panas-panas, rangup!