spoon

SEBARAU SWEET SOUR

Category: , ,



Abg Jeed memancing baru-baru ni di kampung. Hobi dia yang tak boleh dikata NO. Sejak akhir-akhir ni rajin betul pergi memancing, Kak Ct pun terfikir, kak Ct kena cari juga hobi untuk isi masa lapang kak ct lepas ni. :P

Anyway, baru-baru ni, abg jeed balik bawa hasil tangkapan. Alhamdulillah dapat seekor Sebarau... ikan sebarau ni daging nye manis... so kalau nak masak tak boleh nak fancy sangat, takut rasa manis dia hilang. Kak ct pun jarang masak ikan sungai ni, kalau patin biasa masak tempoyak, kalau Sebarau? Kak ct cuba jelah buat sweet sour ni.


Bahan-Bahan:
Bahan A:
  1. 1 biji bawang merah (dihiris)
  2. 3 biji bawang putih diketuk
  3. 1 biji cili hidup dipotong panjang 4
  4. 2cm halia dihiris tipis
Bahan B:
  1. Tomato dipotong empat
  2. Lobak potong bulat
  3. Sayur brocolli
  4. Daun limau purut
Bahan C:
  1. Sos tiram
  2. Sos tomato
  3. Garam 
  4. Gula perang
  5. Sedikit Air
  6. Sedikit Minyak

Cara Masak:
  1. Ikan Sebarau lumur garam dan serbuk kunyit dan digoreng garing, dan ketepikan.
  2. Bahan A ditumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau
  3. Bila agak naik bau dan garing, masukkan Bahan C dan sebatikan dengan garam dan gula perang
  4. Tambahkan serbuk sos tiram dan sos tomato. Sebatikan di dalam kuali
  5. Masukkan Bahan B dan tambah sedikit air supaya berkuah (jangan letak air terlalu banyak)
  6. Akhir sekali masukkan tomato sebelum dihidangkan dan kemudian tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng garing awal tadi, dan sedia untuk dihidangkan,

Comments (0)

Post a Comment