spoon

BISKUT MILO NESTUM

2

Category:

Setiap kali hari raya ( setiap tahun ) kak ct ada satu tugas khas, untuk buat kuih Biskut Milo Nestum. Kuih ni kak ct dapat resepi daripada ibu azizah masa duduk di Johor Bahru dulu. Kuih raya yang nampak simple, sedap tapi membuatnya memerlukan tahap kesabaran yang paling maksima.

Untuk hasilkan biskut milo nestum yang perfect, bahan-bahannya perlu lengkap dan diadun mengikut adunan yang betul, dan dikendalikan juga dengan cermat. Tak boleh main agak-agak, ia akan jadi sama ada terlalu lembik, atau terlalu keras.

Biasanya kalau kak ct buat sorang-sorang adunan di bawah tu kak ct bahagi kepada dua, cukup setengah adunan boleh dapat dalam 2 bekas tupperware besaiz sederhana. Banyak tu, boleh cukup sampai raya! Sempena dah nak hari raya ni, boleh lah cuba!





Bahan-bahan:
  • 5 Biji Kuning Telur
  • 3 Cawan Mentega
  • 5 Cawan gula halus
  • 3 Cawan Milo
  • 2 1/2 Cawan Nestum
  • 2 Cawan Tepung MAZINA
  • 2 Cawan Tepung Ubi
  • Tepung Gandum (secukupnya untuk sebatikan adunan)
  • 1 Sudu teh Vanilla essen
  • 1 Sudu teh Baking Powder


Cara-cara:
  1. Pukul Mentega dan gula halus bersama sehingga sebati. 
  2. Kemudian masukkan telur dan kacau. Tambahkan vanilla dan baking powder dan kacau.
  3. Bila telah sebati, masukkan milo, nestum, tepung mazina, tepung ubi dan tepung gandum dan kacau menggunakan spatula. Gaul hingga semua adunan sebati dan cukup lembut. (Tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut)
  4. Canaikan aduan sedikit demi sedikit pada loyang tipis ( gunakan bahagian belakang loyang / jenis loyang yang tipis ). Canai sehingga agak tipis, kemudian taburkan nestum dan milo ke atasnya. 
  5. Bakar di oven bawah suhu 100 - 150 darjah.
  6. Setelah masak (Bakar dalam 10 - 12 minit), keluarkan dari oven, dan terus potong kepada potongan mengikut saiz yang dikehendaki dengan segera. ( Potong bentuk kiub panjang sewaktu biskut masih panas ). 
  7. Kemudian biarkan sebentar, agak-agak sudah sejuk, baru alihkan biskut dari loyang. Biskut akan jadi keras dan rangup!

ASAM PEDAS IKAN MERAH

0

Category: ,

Masakan asam pedas antara lauk favourite kak ct sejak kecil. Kalau dulu masa kecil, ummi selalu masak asam pedas ikan pari, atau pun ikan kembung. Dulu ikan merah jarang dapat beli ( mahal kan! ). So sekarang bila dah kerja, baru merasa asam pedas ikan merah.

Biasanya kak ct selalu makan asam pedas ni dengan nasi begitu sahaja, jarang dicampur dengan lauk-lauk yang lain, sebab nak rasa asli asam pedas tu sendiri. Nasi biasanya memang penuh dengan kuah asam pedas, dicampur dengan kicap manis ( cap kipas udang ). Memang lauk paling terbaik yang boleh buat kak ct duduk bersila di meja makan berjam-jam! Ummi kak ct turunkan resepi ni kepada kak ct, kalau ummi, kadang-kadang dia letak belacan, kak ct kurang minat belacan, so kak ct tak masukkan dalam resepi kak ct. Tapi kak ct tambahkan udang kering dan bunga kantan untuk tambah rasa dan wangi asam pedas.

Tips untuk masak asam pedas ni, bila bahan tumisan lagi banyak, lagi pekat asam pedas tu, dan lagi sedap rasa asam pedas tu nanti!

Selamat mencuba!

Asam Pedas Ikan Merah



Bahan-Bahan:

  1. Ikan merah
  2. Cili kering dikisar halus
  3. Bawang merah + Bawang Putih + Halia + Ikan Bilis + Udang Kering ( ditumbuk halus)
  4. Sayur Bendi
  5. Bunga Kantan
  6. Air Asam Jawa
  7. Daun Kesum
  8. Garam + Gula Perang + Serbuk Perasa
Cara Masak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus. Tumis sehingga naik bau dan tidak terlalu kering
  2. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan teruskan menumis. Tambahkan terus gula dan garam. Tumis sehingga cili agak kering dan pekat
  3. Masukkan Bunga Kantan
  4. Tambahkan bancuhan air asam jawa dan nilai kepekatan kuah. Sekiranya masih pekat, tambahkan sedikit air ( tapi tidak terlalu cair)
  5. Tambahkan serbuk perasa dan terus masukkan ikan
  6. Bila agak-agak ikan separuh masak, masukkan bendi (supaya bendi tidak terlalu lembik dimasak dengan ikan)
  7. Masukkan daun kesum dan masak sehingga mendidih. (Lebih kurang 10 minit atas api sederhana)