spoon

Kacang Phool

0

Category:


Satu hari kak ct berbual dengan kawan baik kak ct. Kami borak tentang resepi apa yang nak dimasak, senang dan cepat. Macam-macam idea keluar dan sampailah kawan kak ct bercerita pasal Kacang Phool.

Kak ct memang pernah dengar tentang Kacang Phool ni. Masakan signature yang terkenal di Johor Bahru. Menu Kacang Phool ni nampak simple Roti di cicah dengan kuah dan dihias dengan telur mata. Dulu memang tak pernah teringin nak rasa, tapi selepas berbual dengan kawan kak ct si Tini Aziz tu. Kak ct terasa nak mencuba.

So semalam kak ct pun masak Kacang Phool ni untuk juadah berbuka puasa :)




Bahan-Bahan:

  1. Roti Perancis / Roti Potong
  2. Telur (Sekiranya perlu)
  3. Daging cincang
  4. Kacang Panggang (Baked Beans)
  5. Pes Tomato
  6. 1 biji bawang merah besar
  7. 2 biji bawang putih
  8. 1 inci halia
  9. Rempah Kari
  10. Rempah Kurma
  11. Serbuk Cili
  12. Gula Perang
  13. Garam
  14. Sedikit air
  15. Minyak untuk menumis
Cara Masak:
  1. Kisar halus bahan (6) sehingga  (8) di atas.
  2. Tumiskan bahan yg telah dihiris tadi sehingga naik bau. Kemudian  masukkan rempah kurma, rempah kari dan serbuk cili. Masukkan gulu dan garam secukup rasa.
  3. Gaul sebati sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan daging kisar tadi dan digoreng bersama bahan tumisan sehingga masak
  5. Setelah daging agak garing, masukkan baked beans dan pes tomato dan kacau sebati.
  6. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga agak berkuah. (Jangan terlalu cair)
  7. Masak semuanya bersama sehingga daging cukup masak. Kemudian angkat dan dihidangkan bersama dengan telur mata, potongan cili hidup dan boleh juga bersama dengan limau nipis dan dimakan bersama dengan roti. 

Daging Masak Halia

0

Category:

Percubaan masakan berasakan halia adalah terlalu pelbagai. Sama ada mahu masak halia kosong / pedas / berkuah. Bahan asas paling senang, tak perlu pikir utk kisar. Semua bahan lebih sedap dihiris halus.

Kak ct paling suka kalau gunakan burung puyuh sbg baha utama. Malangnya, tak mudah utk dapatkan bekalan daging burung puyuh mentah ni. Makanya kak ct cari alternatif lain iaitu gunakan daging.




Bahan-Bahan:

  1. Daging lembu batang pinang
  2. serai
  3. 1 biji bawang merah besar
  4. 4 biji bawang putih
  5. 2 inci halia
  6. 4 biji cili padi
  7. cili hidup merah
  8. Kicap pekat manis & sos tiram
  9. Garam dan gula
Cara Masak:
  1. Hiris halus bahan (3) sehingga  (7) di atas.
  2. hiris nipis daging dan goreng dengan minyak sedikit sehingga separuh masak. Angkat dan asingkan
  3. Tumiskan bahan yg telah dihiris tadi sehingga naik bau
  4. Tambahkan kicap pekat manis & sedikit sos tiram, gula serta garam. Tambahkan serai yg telah dititik
  5. Masukkan daging yg telah digoreng tadi ke dalam bahan tumisan dan digaul sebati. Goreng bersama sehingga daging cukup masak. Kemudian angkat dan dihidangkan bersama dengan daun parsley.
Kalau nak lebih pedas bolehlah tambahkan cili kisar / serbuk cili